Sunday, June 22, 2008

Tugasan cuti sekolah ketiga: Mengarang
Tajuk karangan: Kejayaan Masa Lalu Saya Yang Amat Saya Banggakan.

Aku tidak yakin bahawa aku akan mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan pertengahan tahunku. Aku sering gagal dalam ujian-ujian yang diuji oleh guruku terutama sekali bagi mata pelajaran sains.Setiap ujian yang aku lakukan seringkali diangggap sebagai satu lagi gagalan yang akanku terima. Aku tidak dapat memberi jawapan yang betul dan mendapati bahawa aku mempunyai kesukaran menyelesaikan soalan-soalan tertentu. Hari demi hari berlalu, aku cuba mendapatkan bantuan agar ia dapat memperbaiki akademikku ini.

Kakak-kakakku tidak pernah letih mungulangkaji pelajaran bersamaku. Aku dapat bertanyakan soalan-soalan yang sukar untuk dijawab. Selain daripada pertolongan daripada adik-beradikku, aku juga berusaha untuk mendapatkan pertolongan daipada guru-guruku. Setiap kali aku mempunyai kesukaran melangsaikan kerja sekolahku, aku akan menghampiri guruku agar mendapat bantuan daripadanya. Dengan berkat usahaku yang gigih itu, aku mula mendapati bahawa ia senang untukku menjawap soalan-soalan mata pelajaranku apabila menyelesaikan kertas ujianku. Tanpa didugakan, aku telah membuat perkembangan yang baik bagikeputusan –keputusan ujianku.

Aku sering mendapat pujian daripada guru-guruku. Aku tidak pernah menganggap pujian-pujian tersebut sebagai salah satu tindakan untukku berhenti menimba ilmu. Aku tetap meneruskan kegigihanku agar keputusanku bagi peperiksaan pertengahan tahun jauh lebih baik dari apa yang aku inginkan. Aku membuat sebanyak latihan untuk menyediakan diriku untuk peperiksaan yang akan datang tidak lama lagi. Aku tidak membazir masa dan hampir setiap jam aku mengulangkaji pelajaran.

Hari semakin hari berlalu dan peperiksaan hampir tiba. Kawan- kawanku pun sibuk megulangkaji pelajaran mereka. Akhirnya, peperiksaan itu tiba. Aku menyelesaikan setiap kertas peperiksaan dengan usahaku yang terbaik. Aku menggunakan cara-cara yang telahku pelajari untuk menyelesaikan soalan-soalan yang sukar untuk dijawab. Aku berasa lega apabila tempoh peperiksaan berakhir kerna ia adalah waktu untukku berehat seketika.

Hatiku berdegup dengan pantas apabila saat menerima keputusan peperiksaan tiba. Alangkah terperanjatnya aku apabila aku muncul sebagai murid pertama dalam kelasku yang mencapai keputusan yang amat cemerlang. Aku berasa sangat bersyukur dengan kejayaan yang telahku capai. Ini ialah antara kejayaan yang amatku banggakan.


Dikarang oleh: Siti Suhailah

Wednesday, June 11, 2008

Tugasan cuti sekolah kedua: Mengarang
Tajuk karangan: Sebuah Hobi Yang Bermakna Bagi Diriku




Semenjak umurku sepuluh tahun, aku sering mengekori bapaku ke rumah tumpangan orang-orang tua. Semakin hari berlalu, aku mula minat mengikut bapaku ke sana. Pada suatu ketika, aku bertanya kepada bapaku,” Bapa, mengapa bapa asyik ke rumah tumpangan orang-orang tua? ”

“Bapa menganggap kegiatan ini sebagai hobi. Sejak zaman bujang lagi bapa sudah aktif melakukan kegiatan sebegini,” jawab bapaku dengan tenang.

Seringkali aku terlihat bapaku membawa makanan dan minuman buat penduduk-penduduk di sana. Aku mendapati bapaku sering berkunjung ke sana apabila dia mempunyai masa lapang. Aku sungguh bangga dengan sifat bapaku yang baik hati. Dia juga pandai membahagikan masanya di antara kerjaya dan hobinya.

Tahun demi tahun berlalu. Kini aku sudah mencecah 25 tahun. Tanpa disangkakan orang ramai, aku masih mengikut bapaku ke rumah tumpangan orang-orang tua. Aku mula mendapati bahawa ia kini sudah menjadi kegiatan yang aku luangkan masaku untuknya. Apabila bapaku tidak dapat berkunjung ke rumah-rumah tersebut, aku dengan segera, melawati tempat itu dengan sukarela. Aku tidak berasa sama ada dipaksa ataupun berat hati untuk melakukanya.

Aku berkunjung ke sana dengan membawa beberapa buah-buahan dan makanan-makanan yang berkhasiat untuk kesihatan orang-orang tua di sana. Kadang- kalanya, bukan setakat aku bertujuan untuk berkunjung ke sana tetapi aku ingin juga bersembang bersama mereka. Aku berbuat demikian agar mereka tidak akan rasa bosan. Pada suatu ketika, aku pernah bersembang mesra dengan Pak Cik Kassim, salah seorang penginap rumah itu. Dia kelihatan sugul tetapi aku dapat merasakan bahawa ada sesuatu bebda yang hendak disampaikan olehnya kepadaku.

“Roslan, pak cik rindu sangat akan anak-anak dan cucu-cuku pak cik. Tetapi, tidak pernah sekali pun mereka menjenguk pak cik apabila pak cik dimasukkan ke pusat ini. Maklumlah, mereka sudah menganggap pak cik ini sebagai seorang yang menyusahkan hidup orang. Ayah Roslan sangat bertuah mempunyai seorang anak yang soleh. Roslan harus menjaga kedua-dua orang tua Roslan dengan baik dan tidak lakukan seperti apa anak pak cik lakukan terhadap pak cik.” kata Pak Cik Kassim.

Kata-katanya itu memberi maksud yang dalam pada diriku. Aku berasa bersyukur aku mempunyai hobi yang memberi faedah yang berguna kepada hidupku ini. Menerusi hobiku ini juga, aku dapat menimba pengalaman yang memberi makna pada diriku.


Dikarang oleh
Siti Suhailah