Sunday, June 22, 2008

Tugasan cuti sekolah ketiga: Mengarang
Tajuk karangan: Kejayaan Masa Lalu Saya Yang Amat Saya Banggakan.

Aku tidak yakin bahawa aku akan mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan pertengahan tahunku. Aku sering gagal dalam ujian-ujian yang diuji oleh guruku terutama sekali bagi mata pelajaran sains.Setiap ujian yang aku lakukan seringkali diangggap sebagai satu lagi gagalan yang akanku terima. Aku tidak dapat memberi jawapan yang betul dan mendapati bahawa aku mempunyai kesukaran menyelesaikan soalan-soalan tertentu. Hari demi hari berlalu, aku cuba mendapatkan bantuan agar ia dapat memperbaiki akademikku ini.

Kakak-kakakku tidak pernah letih mungulangkaji pelajaran bersamaku. Aku dapat bertanyakan soalan-soalan yang sukar untuk dijawab. Selain daripada pertolongan daripada adik-beradikku, aku juga berusaha untuk mendapatkan pertolongan daipada guru-guruku. Setiap kali aku mempunyai kesukaran melangsaikan kerja sekolahku, aku akan menghampiri guruku agar mendapat bantuan daripadanya. Dengan berkat usahaku yang gigih itu, aku mula mendapati bahawa ia senang untukku menjawap soalan-soalan mata pelajaranku apabila menyelesaikan kertas ujianku. Tanpa didugakan, aku telah membuat perkembangan yang baik bagikeputusan –keputusan ujianku.

Aku sering mendapat pujian daripada guru-guruku. Aku tidak pernah menganggap pujian-pujian tersebut sebagai salah satu tindakan untukku berhenti menimba ilmu. Aku tetap meneruskan kegigihanku agar keputusanku bagi peperiksaan pertengahan tahun jauh lebih baik dari apa yang aku inginkan. Aku membuat sebanyak latihan untuk menyediakan diriku untuk peperiksaan yang akan datang tidak lama lagi. Aku tidak membazir masa dan hampir setiap jam aku mengulangkaji pelajaran.

Hari semakin hari berlalu dan peperiksaan hampir tiba. Kawan- kawanku pun sibuk megulangkaji pelajaran mereka. Akhirnya, peperiksaan itu tiba. Aku menyelesaikan setiap kertas peperiksaan dengan usahaku yang terbaik. Aku menggunakan cara-cara yang telahku pelajari untuk menyelesaikan soalan-soalan yang sukar untuk dijawab. Aku berasa lega apabila tempoh peperiksaan berakhir kerna ia adalah waktu untukku berehat seketika.

Hatiku berdegup dengan pantas apabila saat menerima keputusan peperiksaan tiba. Alangkah terperanjatnya aku apabila aku muncul sebagai murid pertama dalam kelasku yang mencapai keputusan yang amat cemerlang. Aku berasa sangat bersyukur dengan kejayaan yang telahku capai. Ini ialah antara kejayaan yang amatku banggakan.


Dikarang oleh: Siti Suhailah

Wednesday, June 11, 2008

Tugasan cuti sekolah kedua: Mengarang
Tajuk karangan: Sebuah Hobi Yang Bermakna Bagi Diriku




Semenjak umurku sepuluh tahun, aku sering mengekori bapaku ke rumah tumpangan orang-orang tua. Semakin hari berlalu, aku mula minat mengikut bapaku ke sana. Pada suatu ketika, aku bertanya kepada bapaku,” Bapa, mengapa bapa asyik ke rumah tumpangan orang-orang tua? ”

“Bapa menganggap kegiatan ini sebagai hobi. Sejak zaman bujang lagi bapa sudah aktif melakukan kegiatan sebegini,” jawab bapaku dengan tenang.

Seringkali aku terlihat bapaku membawa makanan dan minuman buat penduduk-penduduk di sana. Aku mendapati bapaku sering berkunjung ke sana apabila dia mempunyai masa lapang. Aku sungguh bangga dengan sifat bapaku yang baik hati. Dia juga pandai membahagikan masanya di antara kerjaya dan hobinya.

Tahun demi tahun berlalu. Kini aku sudah mencecah 25 tahun. Tanpa disangkakan orang ramai, aku masih mengikut bapaku ke rumah tumpangan orang-orang tua. Aku mula mendapati bahawa ia kini sudah menjadi kegiatan yang aku luangkan masaku untuknya. Apabila bapaku tidak dapat berkunjung ke rumah-rumah tersebut, aku dengan segera, melawati tempat itu dengan sukarela. Aku tidak berasa sama ada dipaksa ataupun berat hati untuk melakukanya.

Aku berkunjung ke sana dengan membawa beberapa buah-buahan dan makanan-makanan yang berkhasiat untuk kesihatan orang-orang tua di sana. Kadang- kalanya, bukan setakat aku bertujuan untuk berkunjung ke sana tetapi aku ingin juga bersembang bersama mereka. Aku berbuat demikian agar mereka tidak akan rasa bosan. Pada suatu ketika, aku pernah bersembang mesra dengan Pak Cik Kassim, salah seorang penginap rumah itu. Dia kelihatan sugul tetapi aku dapat merasakan bahawa ada sesuatu bebda yang hendak disampaikan olehnya kepadaku.

“Roslan, pak cik rindu sangat akan anak-anak dan cucu-cuku pak cik. Tetapi, tidak pernah sekali pun mereka menjenguk pak cik apabila pak cik dimasukkan ke pusat ini. Maklumlah, mereka sudah menganggap pak cik ini sebagai seorang yang menyusahkan hidup orang. Ayah Roslan sangat bertuah mempunyai seorang anak yang soleh. Roslan harus menjaga kedua-dua orang tua Roslan dengan baik dan tidak lakukan seperti apa anak pak cik lakukan terhadap pak cik.” kata Pak Cik Kassim.

Kata-katanya itu memberi maksud yang dalam pada diriku. Aku berasa bersyukur aku mempunyai hobi yang memberi faedah yang berguna kepada hidupku ini. Menerusi hobiku ini juga, aku dapat menimba pengalaman yang memberi makna pada diriku.


Dikarang oleh
Siti Suhailah

Saturday, May 31, 2008

Tugasan cuti sekolah: Mengarang
Tajuk karangan: Peristiwa Yang Tidak Dapat Saya Lupakan


Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa seringkali menyapa wajahku. Aku sedang bersiar-siar di taman seorangan tanpa teman. Suasana yang selesa dan sunyi membuatku imbas kembali suatu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Kerna peristiwa inilah yang membuatku terduduk di kerusi roda buat seumur hidupku. Peristiwa yang hampir sekali meragut jiwaku berlaku dua tahun yang lalu.

Pada ketika itu, aku seorang yang sombong, yang sering menghina orang sama ada rupanya ataupun wataknya. Aku tidak kisah dengan apa yang hendak dikatakan oleh orang lain lalu aku buat dan cakap ikut kehendakku. Aku pernah menegur seorang pelajar perempuan di sekolahku,“Eh, Sofia! Kau ini tidak sedar diri! Sudahlah badan kau gemuk tetapi masih hendak bersekolah di sini!”

Sofia amat sedih dengan kata-kataku yang kasar itu. Aku tidak menghiraukan perasaannya lalu terus menghinanya. Pernah juga aku menghina seorang pelajar cacat di sekolahku, “ Amir, padan muka kau! Maklumlah, dah nasib kau tidak mempunyai kaki yang sempurna!” tegurku sambil rakan-rakanku yang lain mengetawakan Amir.

Sifatku yang suka menghina orang berpanjangan hinggalah suatu petang yang teramat malang. Aku dan sekumpulan rakanku yang lain bercadang untuk lepak di pusat membeli-belah berdekatan dengan sekolahku. Oleh kerana pusat itu di hadapan sekolahku, aku mengambil keputusan untuk menyemberang jalan tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang.

“Siti, baik kami gunakan lampu trafik. Bahaya jikalau kami menyemberang jalan!” pekik salah seorang kawanku, Ana.

Rakan-rakanku yang lain, termasuk Ana, membantah cadanganku lalu mereka menggunakan lampu trafik. Aku, seorang yang kepala batu, menyemberangi jalan raya itu. Alangkah malangnya nasibku ini apabila sebuah kereta meluru ke arahku secara tiba-tiba. Aku terkejut lalu tidak dapat berfikir apa-apa. Kereta yang dipandu oleh seorang wanita itu, bergerak dengan sangat laju. Aku tidak dapat mengelak dari kereta itu lalu ia melanggarku. Aku terdengar pekikan rakan-rakanku. Aku dapat merasakan kesakitannya pada seluruh badanku. Titisan darah mula mengalir dari anggota badanku yang tercedera. Aku tidak dapat sedarkan diri lalu mataku diselubungi warna hitam.

Apabila aku sedar, aku mendapati tubuhku terlantar di atas katil yang agak empuk . “Siti, ibu di sini, nak,” suara ibuku bermain di telingaku. Aku melihat di sekelilingku dan mendapati aku berada hospital dan anggota keluargaku di sisiku. Aku cuba menggoyangkan kakiku tetapi gagal. Ia seakan-akan sebal dan tiada darah yang mengalir.

“Ibu, kaki Siti tidak boleh goyang!” kataku dengan rasa panik .

“Sabar, nak. Doktor kata ini sementara sahaja,” kata ibuku sambil air matanya mengalir di pipinya yang gebu.

Aku berasa resah dan hiba. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana aku harus teruskan hidupku ini. Aku menyesal tidak mendengar nasihat kawan-kawanku. Semenjak peristiwa ini, aku malu untuk bersemuka dengan orang-orang yang telah aku hina.

Kini, aku hanya dapat duduk dan tidak berdiri buat seumur hidupku. Aku pasti tidak dapat melupakan peristiwa hitam ini.

Dikarang oleh: Siti Suhailah Suhaimi

Peribahasa:

Berikut ini adalah slaid peribahasa Menengah 1
http://myfreefilehosting.com/f/4087c06ba7_0.75MB

Manakala di bawah ini adalah lin bagi peribahasa Menengah 2
http://myfreefilehosting.com/f/4c6d7e2f48_1.59MB
Ia boleh digunakan untuk mengarang karangan naratif
Frasa-frasa dan perkataan berbunga:

Situasi Mencemaskan

1) jantungku berdegap-degup
2) jantungku berdenyut cepat
3) jantungku bagaikan hendak putus
4) hatiku berdebar-debar
5) hatiku sungguh tidak tenteram
6) perasaanku tidak menentu
7) perasaanku gundah-gulana
8) darahku mengalir dengan cepat
9) terasa darah adrenalina mengalir ke seluruh tubuhku
10) mataku terbeliak / terbuka besar

Situasi Menyedihkan

1) air mata jatuh berlinangan
2) air mata mula bergenangan di kelopak mataku
3) sebak di dada dapat aku rasakan
4) sungguh hiba / sayu mengenangkan nasib itu
5) aku hanya mampu mengetap bibir
6) betapa pilu hatiku ini
7) tangisanku tidak terkawal / tidak dapat dikawal
8) rintihan batinku Tuhan yang tahu
9) meraung-raung tangisannya
10) terharu sungguh perasaanku

Situasi Mengecewakan

1) harapan musnah sama sekali
2) harapan hancur berkecai
3) masa depannya kian pudar
4) hatiku retak seribu
5) hatiku remuk redam
6) menyesal sungguh aku rasakan
7) tidak berguna sesen pun
8) aku menangis tidak berlagu
9) aku mula menyumpah saranah di dalam hati
10) tidak aku duga selama ini

Situasi Menggembirakan

1) dapatlah aku berhibur hati
2) dunia ini aku yang punya
3) gembira di hati tidak terkata
4) perasaan riang ria menyelubungi diriku
5) ketawa berdekah-dekah
6) mula mengukir senyuman lebar
7) aku terlonjak-lonjak kegirangan
8) suka sekali aku melihatnya
9) tidak terkata riangnya / gembiranya
10) kasih sungguh perhubungan itu

Situasi Mengimbas Semula / Mengenangkan Kembali

1) mesra sungguh saat itu
2) belaian kasih penuh manja
3) terkenang akan masa-masa bahagia
4) tawanya begitu memikat
5) kata-katanya menyentuh jiwa
6) apakan daya, nasi sudah menjadi bubur
7) tidak ada apa yang boleh menahannya, sudah terlanjur
8) bergelumang penuh dengan dosa
9) sejahat-jahat syaitan, tidak sejahatnya
10) mual sungguh tekak aku mengenangkannya

Situasi Menggeramkan

1) benci aku melihatnya
2) inginku tumbuk sahaja mukanya
3) kalaulah dapat aku meludahnya
4) macam hendak aku picit-picit badannya ibarat memicit bayi
5) rasanya hendak aku sepak / tampar pipinya
6) sedap betul kalau dapat memijak badannya
7) hendak aku siat-siat kulitnya
8) kalaulah dapat dikeroyok ramai-ramai, alangkah baiknya
9) tidak sabar hendak menunggu, rasanya mahu serang sahaja
10) terimalah nanti padahnya

Situasi Melegakan

1) aku menghela nafas panjang
2) barulah dapat aku menghirup udara nyaman
3) rasanya lapang di dada
4) kini ringan keadaanku
5) lapang benar saat ini
6) tenteram sungguh hati ini
7) fikiranku mula aman
8) hembusan nafas tanda lega
9) keadaan kembali seperti sedia kala
10) perasaanku tenang, setenang-tenang air laut

Situasi Tidak Menentu
1) makan banyak, kenyang tidak
2) di luar cuaca sejuk, di bilik panas pula
3) hujan panas diikuti sambaran halilintar
4) buat ini tidak kena, buat itu pun tidak kena
5) ombak mengganas tidak tentu pasal
6) melakukan sesuatu, tetapi asyik salah sahaja
7) badan terasa seram sejuk
8) asyik tergigit lidah sahaja
9) ke hulu, ke hilir tanpa tujuan
10) cakap salah, tidak cakap pun salah

Situasi Kesyukuran

1) mujurlah bantuan datang dengan cepat
2) nasib baik tidak teruk sangat
3) tanpa diduga, pertolongan dating segera
4) tidak disangka-sangka, kami berjaya diselamatkan
5) tidak semena-mena, bantuan datang dari segenap penjuru
6) tiba-tiba keadaan yang genting itu dapat diatasi / diredakan
7) siapa sangka kami masih dapat hidup lagi
8) kami / aku hanya mampu bersujud sebagai tanda mengakui KeMaha Besarannya
9) aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih / syukur ke hadrat Ilahi / Tuhan
10) segala puji kepada Tuhan yang mengetahui segala-galanya

Situasi Keheningan Alam

1) angin bertiup sepoi-sepoi bahasa
2) desiran ombak memukul pantai
3) burung-burung berkicau riang di angkasa
4) dedaun pokok saling bergeseran
5) bayu bertiup lembut
6) udara segar dan nyaman
7) sang suria / mentari tenggelam di ufuk barat
8) bulan mengambang penuh memikat
9) air sungai mengalir tenang
10) samudera / lautan tenang terhampar luas

Wednesday, May 28, 2008

Karangan saya bagi peperiksaan pertengahan tahun 2008:

Tajuk karangan: Mengenang jasa orang yang telah berbudi dan membantu kita.

Hubunganku dengan Ana semakin rapat dan kami boleh dianggap sebagai kawan baik. Tidak kerana peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu, mungkin hubungan kami tidak akan menjadi rapat seperti sekarang. Pada masa itu, aku dan Ana tidak pernah bertegur sapa apabila berjumpa, jikalau ada pun hanya setakat senyum sahaja. Aku adalah antara pelajar yang bahasa Melayunya tidak sehandal Ana. Aku sering gagal dalam ujian bahasa Melayu. Pada satu ketika, kawan sedarjahku, Amirul, menegurku, " Eh, Siti, kamu asyik gagal dalam peperiksaan kamu. Tidak pernah kamu dapat markah cemerlang!"

Teguran Amirul membuatku sedar betapa teruknya tahap bahasa Melayuku di pandangan orang lain. Aku berasa malu untuk memandang wajah kawan-kawan sekelas bahasa Melayuku. Selama ini, aku tidak pernah berasa menyesal megenai keputusan ujianku. Aku tidak menghiraukan bagaimana orang memandang serong terhadapku. Aku berrjanji kepada diriku agar akan bekerja keras untuk bahasa Melayuku. Semenjak hari itu, aku membaca buku bahasa Melayu dan latihan sebanyak mungkin.

Betapa malangnya nasibku ini apabila keputusan ujianku tidak membuat sebarang kemajuan. Aku semakin hilang dalam ketakinan diriku untuk maju dalam bahasa Melayu. Tanpa disangka-sangkakan, Ana menghampiriku ketika kelas bahassa Melayu. Aku berasa terkejut apabila Ana bermuka denganku.

" Siti awak perlu bantuan saya, bukan? Saya boleh menolong awak dalam bahasa Melayu secara ikhlas. Sudikah awak terima pertolongan saya?" Ana berkata sambil sebaris senyuman terpancar di wajahnya. Aku tidak dapat berfikir apa-apa pada waktu itu lalu terima pertolongannya.

Semenjak hari itu, aku dan Ana sering ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Segala pertanyaan megenai bahasa Melayu dapatku tanyakan kepada Ana. Dia seakan-akan buku rujukan bahasa Melayuku. Kami kerap megulangkaji pelajaran apabila peperiksaan akhir tahun hampir tiba.

" Jikalau semua orang di dunia seperti Ana," bisik hatiku ketika memikirkan mengenai jasa Ana tidak mampu aku balas.

Akhirnya, peprikasaan bahasa Melayu tiba. Aku menyelesaikan kertas itu semampuku dan meggunakan cara-cara mejawab soalan yang diajar oleh Ana. Aku mendapati kertas itu senang apabila menyelesaikannya.

Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan bahasa Melayu diumumkan. Saat yang aku tunggu-tunggukan akhirnya tiba. Alangkah terperanjatnya aku apabila aku mendapat tempat kedua dalam kelasku. Seperti biasa, Ana adalah yang pertama dengan markahnya yang cemerlang. Rasa gembira mula dirasai di hatiku. Aku berasa terhutang budi terhadap Ana. Satu ketika, aku dapat merasakan kelakuan Ana yang sangat aneh. Risau, aku pun menanyanya mengenai masalah yang dihadapinya.

" Mungkin saya dapat membantu kamu," kataku.

Ana menceritakan masalahnya. Setelah selesai mendengar, aku mendapati dia mempunyai masalh kewangan. Aku seakan-akan berasa bahawa aku harus menolongnya.

Aku cuba sedaya upayaku untuk menolongnya. Dengan pertolongan pihak sekolah dan ibu bapaku, masalah Ana dapat diselesaikan dengan baik.

" Terima kasih, Siti. Tidak kerana pertolongan kamu, entah bagaimana nasib saya ini, " Ana berkata.

Aku tersenyum lebar mendengar kata-kata Ana. Dalam hatiku, aku berbisik, " kerana kamulah Ana yang telah buatku maju dalam pelajaran. Mungkin dengan cara ini aku dapat membalas jasa baikmu."